Friday, April 17, 2009

lawak-lawak

salah selipar

Seorang bapa pergi dengan anaknya untuk berjalan-jalan menghirup udara segar, belum berapa jauh berjalan, si bapa baru sedar bahawa selipar yang dipakainya berlainan warna, yang kanan merah dan yang kiri berwarna biru.Kerana malas untuk kembali ke rumah, ia menyuruh anaknya untuk pulang mengambilkan selipar yang betul, dan sementara itu dia menunggu dibawah pohon yang rendang.Setelah berapa lama, si anak kembali dengan tangan kosong."Kenapa kamu tidak bawa seliparnya .....?!!", kata bapa dengan susah hati."Sia-sia je pak.., selipar yang dirumah juga berlainan warna..."

sosej & lembu

Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree, tapi selepas 15 tahun, tak pernah lulus, akhirnya bapak dia dah tak sanggup lagi tanggung beban wang untuk anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu).Si anak dah rasa tak best, so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada bapak dia yang dia kat Amerika ada gain something la dgn pekembangan teknologi. So dia cakap dgn bapak dia:

Anak: Bapak tau tak, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosej tak payah nak sembelih lembu, buang kulit, masuk je lembu dalam machine, dah jadi sosej....

Bapak: Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku 32 tahun dulu, masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor... menyusahkan plak tu...

Sunday, March 22, 2009

buat renungan bersama

"Manusia itu umpama musafir yg sedang dlm perjalanan jauh,,, berhenti ia disepohon pokok yg rendang (yaitu dunia) lalu lalai dan leka ia berehat disitu (perkara2 didunia),, sehingga dia melupakan tujuan asalnya (menuju ke akhirat yg kekal abadi),,"

Perumpamaan hidup anak Adam hanyalah antara jarak Azan & Iqamah, terlalu singkat; Kita lahir ke dunia diiringi alunan azan, kita kembali ke alam kubur juga bakal diiringi alunan azan...wallahualam

dunia hanyalah sementara,
diibaratkan ladang untuk hasilnya diakhirat kelak,,
tanamlah tanaman bermacam mcm didunia(berilmu),
suburkan tanaman ngan pelbagai cara(beramal),
semailah pohon2 yang bleh dimakan hasilnya(beriman),
spaya diakhirat nnti,,
kita hidup senang lenang di syurga yang abadi,,,

hala tujuku.....

Acap kali langit membiru cahaya menyinari setiap penjuru,
Aku berdiri membisu memikir hala tujuku,
Acap kali guruh berbunyi memecah suasana sunyi,
Aku masih sendiri mengenang nasibku ini,
Kaki harus terus mengembara menuju entah ke mana,
Dengan pena aku berkata bersama pena merungkai segala…

Saturday, March 21, 2009

Gadis

Gadis..
Hadirmu membawa keceriaan..
Menceriakan aku akan kehidupan..
Semangat mu akan ku kumpul.
Untuk keteguhan dalam kehidupan..

Gadis..
Raut wajahmu terbayang-terbayang..
Keceriaanmu membawa keriangan..
Suaramu sentiasa terngiang-ngiang..
Seakan belagu dalam igauan..

Gadis..
Kata-kata mu ku jadikan teladan..
Setiap lafazmu sentiasa terngiang..
Lahir dari sufi yang sopan..
Agar hidupku sentiasa tenang..